Home PolitikBarisan Nasional Dana diterima untuk parti, bukan diri sendiri – Mustapa Mohamed

Dana diterima untuk parti, bukan diri sendiri – Mustapa Mohamed

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 21 Sept – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan beliau hadir membantu siasatan polis berhubung dana yang disyaki ada kaitan dengan 1Malaysia Develompment Bhd (1MDB) atas kapasiti bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan.

Beliau berkata, dana tersebut diterima oleh Badan Perhubungan UMNO negeri dan bukan untuk dirinya.

“Saya ingin menjelaskan dakwaan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bahawa saya dan beberapa wakil Badan Perhubungan UMNO Kelantan telah dipanggil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai dana yang diterima Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang disyaki ada kaitan dengan 1MDB.

“Saya hadir membantu siasatan tersebut atas kapasiti sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

“PDRM telah menjalankan tugas mereka secara profesional dan cukup tertib. Saya menghormati keluhuran undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mustapa berkata, walaupun tidak lagi bersama UMNO, beliau akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya dalam hal ini sekiranya diperlukan.

Annuar hari ini dilaporkan mendedahkan bahawa Mustapa bersama dua pemimpin UMNO Kelantan disiasat polis berhubung sejumlah dana yang agak besar diterima oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Kata Annuar, siasatan tersebut telah dilakukan seminggu sebelum Mustapa mengumumkan keluar parti pada petang kelmarin.

Related Articles

Leave a Reply