Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, tiada sebarang pendakwaan akan dibuat.

“Ya betul.. tiada kes,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (Synergy Promenade) oleh jurucakapnya semalam.

Dalam kenyataan tersebut, Synergy Promenade menyatakan polis telah menutup siasatan dan merumuskan tiada tindakan lanjut akan diambil.

Menurut jurucakap itu lagi, Synergy Promenade tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Felda bagi mendapatkan ganti rugi berhubung kemelut pemilikan tanah untuk projek KLVC.

Bagaimanapun, katanya, Synergy Promenade terlebih dahulu mahu mengadakan perbincangan dengan Pengerusi baharu Felda, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor bagi menyelesaikan masalah tersebut yang bermula sejak tahun lalu.