Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Teliti keikhlasan, kesungguhan UMNO – Perwakilan Pas

Teliti keikhlasan, kesungguhan UMNO – Perwakilan Pas

by Nurulhuda

KUALA NERUS, 16 Sept – Keikhlasan UMNO dalam menjalin ta’awun dengan Pas perlu diteliti, demikian penegasan dibuat perwakilan dari Pahang, Zuridan Daud.

Menurutnya, Pas juga perlu sentiasa memantau supaya segala dasar parti terpelihara selepas menjalin ta’awun.

“Dalam konteks memahami konsep ta’awun atau tahaluf siyasi ini, kita mesti berwaspada, berhati-hati, meneliti sejauh mana keikhlasan, kesungguhan UMNO secara khusus dalam menerima dasar-dasar kita dan tidak menentang usaha-usaha kita untuk mempertahankan syariat Allah.

“Kita juga mesti amalkan konsep pemantauan berterusan dalam erti kata supaya dasar-dasar ini sentiasa dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-64, malam tadi.

Related Articles

Leave a Reply