Home PolitikPakatan Harapan ‘Saya tak mungkir janji Anwar jadi pengganti’ – Tun M

‘Saya tak mungkir janji Anwar jadi pengganti’ – Tun M

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 15 Sept – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan memungkiri janjinya bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi penggantinya seperti mana yang telah dipersetujui sebelum ini oleh PH.

Menurutnya, beliau juga sedar beliau sudah berusia dan dalam tempoh dua tahun lagi beliau akan mencecah 95 tahun.

Bagaimanapun menurutnya, dalam usianya kini beliau masih lagi mampu berhadapan dengan (pertanyaan) media.

“(Mengenai isu) pengganti, kita sudah bersetuju bahawa ia mestilah Anwar, saya tidak mungkir janji saya, tetapi apabila …. tentu sekali ianya belum pasti, saya sedar bahawa saya sangat tua, umur saya 93 tahun dan dalam masa dua tahun saya akan berusia 95 tahun,” katanya dalam sidang media Bersatu di Menara Yayasan Selangor, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan berikutan keputusan Anwar untuk kembali ke Parlimen dengan bertanding kerusi Parlimen Port Dickson.

Related Articles

Leave a Reply