Home SemasaGlobal Lagi maut ditembak Zionis

Lagi maut ditembak Zionis

by Noor Sheila Amin

BANDAR GAZA, 15 Sep – Remaja berusia 14 tahun dan dua lagi rakyat Palestin antara yang maut dalam pertempuran di sempadan Gaza semalam.

Kementerian Kesihatan wilayah yang dikuasai Hamas berkata, remaja yang dikenali sebagai Mustafa Abed Rabbo ditembak ketika berada di barat Jabalia, utara Gaza.

Seorang lagi rakyat Palestin yang identitinya masih belum disahkan, ditembak di kawasan berhampiran Khan Yunis, selatan Gaza.

“Sekurang-kurangnya 12 penduduk cedera, ketika rakyat Palestin mengadakan demonstrasi di beberapa lokasi di sepanjang sempadan,” kata kementerian itu.

Sementara itu, tentera Israel menganggarkan kira-kira 13,000 penduduk terbabit dalam ‘rusuhan’ di beberapa lokasi, dengan membakar tayar kenderaan dan melemparkan bom petrol.

Related Articles

Leave a Reply