Home SemasaGlobal Filipina diserang Taufan Mangkhut

Filipina diserang Taufan Mangkhut

by Noor Sheila Amin

TUGUEGARAO, 15 Sep –  Taufan Mangkhut mula membadai utara Filipina hari ini membawa bersama angin kencang dan hujan lebat, selepas pihak berkuasa memberi amaran kepada jutaan penduduk mengenai bahaya dan kemusnahan yang bakal dibawa bencana alam itu.

Taufan besar yang disifatkan pakar cuaca sebagai paling ganas itu menumbangkan pokok, menerbangkan bumbung dan menjejaskan bekalan elektrik sebaik mendarat di pulau Luzon awal pagi tadi.

Ribut berkekuatan sehingga 330 kilometer (km) sejam itu mula melemah hingga 185 km sejam ketika ia bergerak ke arah China melalui kepulauan yang sering dilanda bencana itu.

Ribut itu dijangka tidak akan membadai Hong Kong secara langsung, namun pakar meramalkan bandar itu akan dilanda angin kencang dan hujan lebat yang dibawa Mangkhut.

Pusat Pemerhati Hong Kong memberi amaran, taufan besar itu akan memberi ancaman besar ke pantai selatan China sebelum beralih ke utara Vietnam.

Filipina berdepan bencana terburuk ketika di badai Taufan Haiyan pada November 2013 yang mengorbankan lebih 7,350 orang.

Related Articles

Leave a Reply