Tuan rumah lebih dulu membuka jaringan di babak pertama menerusi Visal Seouy seawal minit ke-18 untuk mengejutkan Harimau Malaya.

Bagaimanapun apabila aksi memasuki babak kedua, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan, Mohd. Shahrul Saad pada minit ke-62.

Tidak terhenti di situ sahaja, Malaysia yang tewas 0-2 kepada Taiwan minggu lalu juga dalam aksi persahabatan menambah dua lagi gol menerusi Syazwan Andik Ishak 12 minit selepas itu diikuti gol ketiga Muhammad Shahrel Fikri Mohd. Fauzi pada masa kecederaan.