Home Semasa Anggota tentera hilang

Anggota tentera hilang

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Seorang anggota tentera tidak pulang ke rumah di kuarters Kem Perdana Sungai Besi selepas keluar menunaikan solat asar petang semalam.

Mohammad Helmy Noorsham, 31, kali terakhir dilihat keluar dari pintu belakang kem kira-kira jam 5 petang.

Menurut laporan Berita Harian, isteri anggota tentera itu, Nor Afzan Nor Ozman, 31, berkata memang menjadi kebiasaan suaminya pergi solat berjemaah di Masjid Kem Perdana, namun semalam dia tidak pulang.

“Dia ada beritahu saya, lepas selesai solat asar dia ingin berjumpa rakan. Selepas dia tidak juga pulang ke rumah malam tadi, saya terus ke balai polis untuk melaporkan kehilangannya.

“Saya amat risau, tambahan pula setiap kali pergi ke masjid dia memang tidak pernah membawa telefonnya sekali,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Afzan berkata, suaminya memakai baju biru dan seluar trek sewaktu meninggalkan rumah semalam.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak suaminya boleh menghubungi di nombor 018-2254416. – Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply