Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Kunjungan kapal TNI -AL dan TLF erat hubungan pertahanan tiga negara

Kunjungan kapal TNI -AL dan TLF erat hubungan pertahanan tiga negara

by Air Times News Network

SANDAKAN, 5 Sept – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di sini menjadi tuan rumah kepada Lawatan Pelabuhan Rondaan Maritim Tiga Pihak (TMP) yang julung kalinya diadakan di Malaysia di bawah inisiatif Trilateral Cooperative Arrangement (TCA).

Menerusi program itu, sebuah kapal dari Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) KRI Terapang yang diketuai Left Kol Laut Yohanes B.C. Hendraswanto dan sebuah kapal Tentera Laut Filipina (TLF) BRP Felix Apolinario yang dinakhodai Komander Ronel T. Raciles PN berlabuh di Pangkalan TLDM Sandakan sempena program tiga hari bermula hari ini hingga Khamis.

Panglima MAWILLA 2 Laksamana Muda Datuk Ganesh Navaratnam menyambut ketibaan kedua-dua kapal tersebut di Pangkalan TLDM Sandakan.

MAWILLA 2 dalam satu kenyataan di sini menyatakan program kali ketiga Lawatan Pelabuhan TMP ini merupakan kesinambungan daripada pelancaran TMP INDOMALPHI (Indonesia – Malaysia – Filipina) di Tarakan Indonesia pada 19 Jun 2017 dan merupakan kali ketiga pelaksanaannya di negara-negara ahli TCA.

Lawatan pelabuhan yang pertama telah dilaksanakan di Tawi-Tawi, Filipina pada 13 hingga 15 Nov 2017, manakala yang kedua diadakan pada awal tahun ini dari 4 hingga 6 April lepas di Tarakan, Indonesia.

Objektif pelaksanaan program ini adalah meningkatkan kerjasama dan operasi serta memantapkan pemahaman di antara ketiga-tiga Tentera Laut bagi mencegah kegiatan jenayah rentas sempadan khasnya ancaman penculikan di laut dan aktiviti militan.

Kenyataan itu menambah pelaksanaan program di Sandakan ini juga melibatkan koordinasi oleh ‘Maritime Command Centres’ (MCC) dari ketiga-tiga negara yang menjadi pusat koordinasi operasi dan perkongsian maklumat perisikan.

Program kali ketiga Lawatan Pelabuhan TMP juga melaksanakan beberapa aktiviti bersama kru kedua-dua buah kapal negara sahabat merangkumi ceramah, perbincangan dan perkongsian maklumat serta disusuli dengan eksesais bersama di laut.

Related Articles

Leave a Reply