Home SemasaGlobal Trump desak Syria tidak serang Idlib

Trump desak Syria tidak serang Idlib

by Air Times News Network

WASHINGTON, 4 Sept – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi amaran kepada Presiden Syria, Bashar Al Assad dan sekutunya, iaitu Iran serta Russia supaya tidak menyerang wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak.

Trump mengeluarkan amaran itu semalam, kerana khuatir tindakan itu akan menyebabkan ratusan ribu penduduk di wilayah itu terkorban.

“Russia dan Iran bakal membuat kesilapan besar jika mengambil bahagian dalam tragedi kemanusiaan ini.

“Ratusan ribu penduduk mungkin terkorban. Jangan biarkan perkara ini berlaku,” kata Trump di Twitter, semalam.

Terdahulu, pada Isnin, Iran dilaporkan berkata, Idlib perlu dibersihkan daripada kumpulan militan, iaitu ketika negara itu bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan dengan Syria dan Russia berhubung isu wilayah berkenaan.

Idlib adalah wilayah terakhir yang masih dikuasai pemberontak yang menentang Bashar. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply