Home Semasa PAS tuntut penjelasan Peguam Negara

PAS tuntut penjelasan Peguam Negara

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 4 Sept – PAS menuntut Peguam Negara menjelaskan secara terperinci mengenai penarikan balik tuduhan kes rasuah terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS akur dengan kuasa budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkannya memulakan, menjalankan atau menghentikan sesuatu kes jenayah di mahkamah sivil, namun kuasa budi bicara tersebut perlu dilaksanakan selaras dan mengikut undang-undang, bukannya secara membuta-tuli.

Sehubungan itu kata beliau, perkara itu perlu dijelaskan kepada orang ramai, lebih-lebih lagi kes rasuah melibatkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah kes yang mempunyai kepentingan awam.

“PAS menuntut Peguam Negara menjelaskan apakah kandungan representasi tertuduh kepada Peguam Negara dan apakah kriteria dan justifikasi kes tersebut digugurkan selepas lebih 20 orang saksi dipanggil?

“ Adakah pandangan SPRM telah diambil kira sepenuhnya dan Adakah kes ini akan mengikat (binding) kes-kes lain yang mempunyai fakta yang sama dengan kes tersebut dan akan turut ditarik balik. Apakah kedudukan kes terdahulu yang mempunyai fakta yang sama tetapi telah disabitkan oleh mahkamah?, “ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Takiyuddin lagi, memandangkan kes itu melibatkan seorang Ahli Parlimen dan juga Menteri Kabinet Persekutuan, satu kertas putih perlu dibentangkan di sidang Parlimen akan datang bagi menjelaskannya demi memelihara dan menjaga integriti dan martabat institusi Parlimen.

Related Articles

Leave a Reply