Home SemasaGlobal Libya sekat akses Facebook

Libya sekat akses Facebook

by Air Times News Network

TRIPOLI, 4 Sept – Penduduk Tripoli dan beberapa bandar di Libya mendakwa perkhidmatan Facebook disekat, semalam ketika pertempuran antara beberapa kumpulan bertelagah semakin memuncak.

Penyebaran maklumat dan kenyataan menerusi Facebook dikawal rapi pihak berkuasa, walaupun perkhidmatan itu adalah alat penyebaran berita utama dalam kalangan pegawai kanan kerajaan, kementerian dan kumpulan bersenjata di Libya.

Tindakan menyekat akses ke Facebook menimbulkan kemarahan pengguna dan mereka meluahkan rasa tidak puas hati di Twitter.

Beberapa penduduk turut mengesahkan bahawa mereka disekat daripada menggunakan Facebook, sejak tengah hari, semalam.

Sejak lebih seminggu lalu, Tripoli berdepan dengan pertempuran antara beberapa kumpulan bersenjata dan ia mencetuskan kekecohan di negara itu.

Kali terakhir Libya berdepan dengan masalah berkenaan ialah ketika insiden menggulingkan Muammar Gaddafi pada 2011. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply