Home Semasa Hasanah dibebaskan, pasport diserah kepada SPRM

Hasanah dibebaskan, pasport diserah kepada SPRM

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 3 Sept – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, dibebaskan daripada tahanan reman hari ini berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perintah tamat reman dikeluarkan Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad di Mahkamah Majistret, di sini tengah hari ini.

Nik Muizzuddin turut menetapkan pasport Hasanah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam pada itu, peguam Hasanah, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pihak SPRM pada mulanya memohon supaya pasport anak guamnya diserahkan dan perlu menyerahkan wang jaminan sebanyak RM50,000.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya membantah permohonan wang jaminan itu kerana tiada justifikasi undang-undang menetapkan pembebasan reman memerlukan seseorang itu mendepositkan wang sebagai jaminan.

“Majistret kemudian menetapkan supaya anak guam kami menyerahkan pasport kepada SPRM. Namun, Hasanah masih boleh meminta pasport berkenaan untuk membuat perjalanan ke luar negara asalkan mengemukakan satu surat permohonan kepada SPRM,” katanya.

Mohd Khairul berkata, anak guamnya sihat sepanjang dalam tahanan selain turut memuji tahap profesionalisme ditunjukkan anggota dan pegawai SPRM sepanjang tempoh soal siasat dijalankan.

Sebelum ini, Hasanah direman lima hari sejak Rabu lalu sebelum disambung sehari lagi semalam yang berakhir hari ini.  Hasanah ditahan SPRM petang Selasa lalu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Turut ditahan reman berhubung kes sama adalah timbalannya serta enam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM, kelmarin selepas ditahan reman selama lima hari sejak Selasa lalu.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada sidang media memaklumkan pihaknya sudah merampas sejumlah RM27.6 juta dalam bentuk wang tunai RM980,000 dan AS$6.4 juta (RM26.4juta) susulan tangkapan pegawai dan bekas ketua Ketua Pengarah MEIO itu.

Azam turut mengesyaki sejumlah RM49.5 juta (AS$12 juta) wang milik kerajaan diselewengkan susulan penangkapan sama.

Wang berkenaan ditemui di beberapa lokasi termasuk sebuah kondominium di Cyberjaya, pejabat oran

Related Articles

Leave a Reply