Home Semasa Skuad hoki Malaysia terlepas peluang keemasan di tangan Jepun

Skuad hoki Malaysia terlepas peluang keemasan di tangan Jepun

by Nurulhuda

JAKARTA, 2 Sep – Malaysia terus kempunan menamatkan penantian 60 tahun merangkul pingat emas sulung acara hoki lelaki selepas tewas 1-3 kepada Jepun dalam penentuan pukulan penalti pada final Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, malam ini.

Lebih menyedihkan, kekalahan yang tidak sepatutnya diterima skuad negara selepas suatu ketika mendahului 5-2 sebelum aksi masa penuh tamat dengan keputusan 6-6 menyaksikan Malaysia terlepas peluang layak secara automatik ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ini merupakan kali kedua skuad yang diberi jolokan ‘Malaysia Tigers’ mensia-siakan peluang keemasan untuk melakar sejarah selepas turut kecundang di peringkat yang sama pada edisi 2010 di Guangzhou, China.

Turun selaku pasukan pilihan selepas menumbangkan jaguh Asia, India pada peringkat separuh akhir, skuad kendalian Stephen Van Huizen itu yang menduduki ranking ke-12 dunia ternyata berada dalam kelas tersendiri selepas cemerlang mendahului 4-1 pada dua suku pertama perlawanan.

Bagaimanapun, selepas Malaysia melebarkan jurang kedudukan kepada 5-2, Jepun yang menduduki ranking ke-16 dunia, berjaya menghukum kealpaan pertahanan negara dengan menjaringkan tiga gol untuk mengikat kedudukan menjadi 5-5.

Related Articles

Leave a Reply