Home Semasa Lagenda Papan Luncur dunia sokong Fatin Syahirah

Lagenda Papan Luncur dunia sokong Fatin Syahirah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Fatin Syahirah Roszizi telah menerima kecaman hebat dari netizen lantaran prestasi beliau di Sukan Asia Jakarta-Palembang minggu lalu. Natijahnya, Fatin bertindak memadam hampir kesemua post di akaun Instagramnya akibat tidak tahan dengan cemuhan dari netizen.

Disebalik kritikan dan cemuhan, atlet berusia 16 tahun itu telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, penyanyi terkenal, Yuna dan ikon sukan papan luncur, Joe Ipoh.

Namun, siapa yang menyangka, isu yang melanda atlet muda tersebut turut mendapat perhatian lagenda papan luncur seluruh dunia, Tony Hawk.

Sokongan tersebut disampaikan oleh Tony Hawk kepada Fatin Syahirah melalui komen di akaun Instagram atlet itu.

“Jangan berputu asa! Jika saya terus mendengar kritikan dan cemuhan sepanjang hayat saya, sudah tentu saya meninggalkan sukan papan luncur. Mereka hanya mampu berbuat demikian kerana mereka pun berharap yang mereka mempunyai keyakinan yang sama seperti yang awak miliki.

“Awak (Fatin) mampu untuk menjadi aspirasi kepada generasi baharu dalam sukan papan luncur Malaysia,” komen Tony Hawk.

Anthony Frank “Tony” Hawk  merupakan seorang ahli sukan papan luncur profesional pada peringkat global. Turut dikenali sebagai The Birdman, Tony Hawk turut disifatkan sebagai ahli sukan papan luncur yang berjaya dan berpengaruh. Malah, nama beliau telah digunakan dalam permainan video popular, Tony Hawk’s, keluaran Activision.

Related Articles

Leave a Reply