Home SemasaGlobal Tentera Laut AS rampas senjata di Yaman

Tentera Laut AS rampas senjata di Yaman

by Air Times News Network

WASHINGTON: Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) merampas beratus-ratus senjata api, termasuk AK-47, dari sebuah bot yang tidak dikenali di Teluk Aden, kata seorang pegawai pertahanan AS semalam.

Pegawai yang enggan dikenali itu berkata, kejadian berlaku pada Selasa dan rampasan itu dijalankan oleh anak kapal pemusnah Jason Dunham.

Sumber itu enggan mengulas lanjut mengenai destinasi bot kecil berkenaan, tetapi ia sedang disiasat.

Teluk Aden adalah antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia yang menghubungkan Eropah ke Asia dan Asia Barat dengan Yaman di utara, Somalia di selatan dan Laut Arab di timur.

Tentera Laut AS dan sekutunya pernah melakukan operasi sama pada masa lalu, termasuk merampas dadah dari kapal di kawasan itu. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply