Dalam pertemuan itu, Prayut dan Zulkifli juga membincangkan kerjasama yang efektif antara angkatan tentera kedua-dua negara yang telah terjalin sejak 1965 untuk menjaga keselamatan dan keamanan di sepanjang sempadan bersama. Menurut jurucakap itu, Prayut berasa gembira kerana sekali lagi dapat bertemu dengan Zulkifli. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada 2012 apabila kedua-duanya menyandang jawatan Panglima Tentera Darat ketika itu.

Sementara itu, menurut Weerachon, Zulkifli menyebut bahawa Malaysia meletakkan keutamaan yang tinggi bagi kerjasama di bawah Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) dan Jawatankuasa Sempadan Serantau (RBC) bagi menyelesaikan masalah di sempadan. Zulkifli tiba di Bangkok dua hari lalu untuk menghadiri mesyuarat Peringkat Tertinggi Thailand-Malaysia (HLC) ke-35 yang berakhir 28 Ogos 18.