Home SemasaGlobal Britain henti bantuan dana ke Syria

Britain henti bantuan dana ke Syria

by Noor Sheila Amin

LONDON, 20 Ogos – Britain akan menghentikan dana bagi beberapa program bantuan di kawasan dikuasai pemberontak di Syria.

“Susulan keadaan di beberapa wilayah semakin sukar, kami mengurangkan sokongan kepada beberapa program bukan kemanusiaan, tetapi terus menyampaikan sokongan penting untuk membantu mereka yang amat memerlukan dan memperbaiki keselamatan dan kestabilan,” kata jurucakap kerajaan.

Akhbar The Times, terdahulu melaporkan cubaan menubuhkan pasukan polis bebas akan dibatalkan September ini, manakala projek membiayai majlis tempatan sedang dinilai semula dan berkemungkinan digantung pada akhir tahun kewangan.

Laporan menambah Kementerian Luar dan Jabatan Pembangunan Antarabangsa mendapati program bantuan di wilayah barat laut Syria tidak dapat dikekalkan.

Kerajaan Britain berkata, ia memperuntukkan AS$193.85 juta (RM794.526 juta ) untuk program kemanusiaan di Syria bagi tahun kewangan 2017 hingga 2018.

Britain menambah bantuannya selain membekalkan kereta perisai dan latihan kepada pembangkang Syria pada 2013.

Wilayah di barat laut Syria adalah kawasan terakhir yang masih dikuasai pemberontak.

Konflik di negara itu sudah mengorbankan anggaran sejuta penduduk, menyebabkan 5.5 juta meninggalkan negara itu dan 6.5 juta lagi kehilangan tempat tinggal

Related Articles

Leave a Reply