Home Pertahanan dan Keselamatan SPRM bebas siasat sesiapa sahaja di Kementerian Pertahanan – Mat Sabu

SPRM bebas siasat sesiapa sahaja di Kementerian Pertahanan – Mat Sabu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata beliau mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sesiapa sahaja di Kementerian Pertahanan mahupun di pejabatnya.

“Saya juga bersedia memberikan komitmen dan kerjasama penuh kepada pihak SPRM. Bagi saya, tiada kompromi dalam soal integriti.

“Sekiranya terdapat apa-apa kes, SPRM bolehlah mendakwa individu yang terlibat
mengikut saluran undang-undang sedia ada”, katanya.

Artikel BerkaitanPembantu politik Menteri Pertahanan disiasat SPRM

Semalam pembantu politik Mohamad Sabu telah disiasat SPRM kerana didakwa menerima wang berjumlah RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantu menyelesaikan hutangnya sekali gus dikeluarkan daripada status muflis.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki telah mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Related Articles

Leave a Reply