Home Semasa iM4U dibaikpulih, kembalikan objektif asal penubuhan – Syed Saddiq

iM4U dibaikpulih, kembalikan objektif asal penubuhan – Syed Saddiq

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Inisiatif Program 1Malaysia for Youth (iM4U) yang mempromosikan semangat kesukarelawan belia negara ini akan ‘dibaikpulih’ bagi mengembalikan objektif asal penubuhannya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata program berkenaan dilihat disalah guna sebagai platform sesetengah pemimpin politik yang menjadikannya sebagai medium kempen ‘I Love PM’.

Malah, beliau mendakwa banyak dana untuk program berkenaan digunakan untuk tujuan kempen politik

“Ketika iM4U mula ditubuhkan, objektifnya baik iaitu memastikan semangat kesukarelawanan dapat disemai dalam jiwa anak muda di negara ini.

“Bagaimanapun, sepanjang pelaksanaannya, program itu disalah guna,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply