Home SemasaGlobal PBB dedah China tindas etnik Uighur

PBB dedah China tindas etnik Uighur

by Air Times News Network

GENEVA, 11 Ogos – Panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan menerima banyak laporan yang boleh dipercayai berhubung lebih satu juta etnik Uighurs China yang ditahan di sebuah kem pengasingan rahsia.

Ahli jawatankuasa PBB berhubung Penghapusan Bangsa, Gay McDougall menganggarkan kira-kira dua juta etnik Uighur dan minoriti Islam dipaksa tinggal di ‘kem politik indoktrinasi’.

Beliau mendedahkan permulaan pemeriksaan biasa selama dua hari pada persidangan Geneva berhubung rekod China, termasuk Hong Kong dan Macau.

Delegasi China yang terdiri daripada 50 pegawai tidak membuat sebarang komen berhubung ucapan yang dibuat ketika sesi Geneva yang diadakan hingga Isnin depan. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply