Home SemasaGlobal Latihan tentera laut Iran di Selat Hormuz, hantar mesej pada Washington

Latihan tentera laut Iran di Selat Hormuz, hantar mesej pada Washington

by Noor Sheila Amin

WASHINGTON, 10 Ogos – Seorang jeneral yang meneliti operasi tentera Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat memaklumkan, satu latihan tentera laut Iran di sekitar Selat Hormuz bertujuan menghantar mesej kepada Washington sebelum pelaksanaan semula sekatan terhadap Tehran.

Iran melancarkan latihan di Teluk minggu lalu, menghantar berpuluh bot perang kecil ke Selat Hormuz, laluan penting kapal minyak yang mana Presiden Hassan Rouhani mengancam menutupnya bulan lalu.

“Jelasnya mereka cuba menggunakan latihan itu untuk menghantar mesej kepada kami ketika tempoh sekatan semakin hampir, bahawa mereka memiliki keupayaan,” kata Ketua Komander Pusat AS, Jeneral Joseph Votel kepada wartawan Pentagon.

Katanya, keupayaan itu termasuk periuk api laut, bot letupan, peluru berpandu pertahanan laut dan radar.

Votel berkata, Qassem Soleimani, yang mengetuai operasi luaran Pasukan Quds untuk Pengawal Revolusi Iran, bertanggungjawab menganjurkan latihan itu.

“Beliau adalah individu yang mencetuskan banyak aktiviti memecah belahkan. Bila saja anda melihat aktiviti Iran, anda melihat Qassem Soleimani,” kata Votel.

Related Articles

Leave a Reply