Home Semasa Najib Razak ke makhamah hari ini

Najib Razak ke makhamah hari ini

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini pada jam 8.40 pagi menuju ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Beliau dijangka berhadapan pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib yang menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire putih diiringi beberapa kenderaan lain dan kenderaan polis.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dalam satu kenyataan, memaklumkan Najib hadir ke Akademi Pencagahan Rasuah Malaysia (MACA) bagi memberi keterangan selama kira-kira 45 minit.

Najib, 65, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna jawatan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International yang akan disebut hari ini di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Related Articles

Leave a Reply