Home Pertahanan dan Keselamatan Land MALPHI perkukuh hubungan Malaysia-Filipina

Land MALPHI perkukuh hubungan Malaysia-Filipina

by Noor Sheila Amin

Ipoh, 6 Ogos – Latihan ketenteraan bersama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Filipina (TDF) perkukuhkan hubungan Malaysia – Filipina disamping berkongsi taktik, teknik serta kaedah terbaik dalam merealisasikan keamanan serantau dalam latihan bersama Eks Land MALPHI siri 19/2018 di Kem Gua Permai, Ipoh, Perak.

Seramai 35 Pegawai dan 5 LLP TDF dan 80 Pegawai dan anggota TDM dari Batalion ke-23 RAMD. Latihan ini diadakan setahun sekali ini dengan hos penganjuran secara bergilir oleh kedua-dua negara. Latihan yang dilaksanakan selama 14 hari bermula 5 hingga 18 Ogos 2018 bertempat di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai, Ipoh, Perak.

Latihan yang berkonsepkan  operasi Build Up Area – Offensive di kawasan bandar dan kawasan penempatan penduduk sekitar Sungai Siput Utara.  Selain itu latihan ini juga bertujuan bagi bertukar-tukar perkongsian pengalaman dua negara berhubung insiden Battle of Marawi dan Insiden di Sauk.

Latihan ini dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu fasa pertama Cross Training Exersice (CTX), fasa kedua Batalion Staffex dan fasa ke tiga Command Post Exersice (CPX) menggunakan system Battle Tek IV – Pusat Olah Perang.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Panglima 2 Divisyen, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli bin Jaafar bersama Timbalan Panglima Tentera Darat Filipina, Mejar General Robert Musni Arevalo.

Related Articles

Leave a Reply