Home Semasa ‘Fit For Life’ galak amalan hidup sihat

‘Fit For Life’ galak amalan hidup sihat

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan wanita, satu program Kesihatan  “Fit For Life “ yang telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Divisyen Kampar pada sabtu lepas bertempat di Dewan Hikmat, Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Haigate, Kuala Lumpur.

Program yang terdiri daripada isteri-isteri para penuntut kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 47/2018 yang melibatkan penuntut dari dalam dan luar negara. Aktiviti tersebut telah dirasmikan oleh Datin Hajah Misnah bte Harun, Pengerusi BAKAT MTAT.

Acara yang membabitkan kehadiran seramai lebih kurang 130 orang ini adalah berkonsepkan program kesedaran kesihatan yang terdiri daripada beberapa segmen seperti senamrobik (Zumba), ceramah kesihatan, pameran serta pemeriksaan kesihatan dan juga cabutan bertuah.

Selain acara kesihatan, terdapat tiga segmen ‘Healthy Living’ telah disampaikan oleh Mej (Dr) Noradhiah dari Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) KEMENTAH.

Sementara itu, doktor celebriti, Dato’ Dr. Hamid Arshat turut hadir bagi menyampaikan ceramah mengenai Gynaecology. Pendedahan mata juga diberikan kepada peserta BAKAT oleh Dr. Asmita Tharkurdas yang merupakan isteri kepada penuntut kursus luar negara dari India.

Related Articles

Leave a Reply