Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan sedang kaji semula PLKN – Mohamad Sabu

Kementerian Pertahanan sedang kaji semula PLKN – Mohamad Sabu

by Air Times News Network

KLANG, 28 Jul – Satu jawatankuasa di bawah Kementerian Pertahanan sedang mengkaji semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk melihat keberkesanannya dalam mencapai matlamat penubuhannya.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata jawatankuasa itu, yang sebelum ini terbabit dengan PLKN, kini mengkaji kemungkinan pengenalan program diteliti semula, sama dengan program Khidmat Nasional (NS) di Singapura.

“Jawatankuasa ini sedang mengkaji program PLKN untuk melihat jika ia perlu diteruskan atau sebaliknya.

“Ini tidak termasuk dalam janji 100 hari (yang dibuat Pakatan Harapan),” katanya berseloroh pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 3 Julai lalu, Mohamad memberitahu RTM dalam satu temubual secara langsung, bahawa Kabinet ketika ini melihat semula semua aspek PLKN, termasuk bajet, keberkesanannya, kurikulum dan banyak lagi.

Beliau dilaporkan berkata, Kabinet mungkin menghentikan program itu berikutan kedudukan kewangan ketika ini, dan jika kajian semula kementerian mendapati program itu gagal mencapai tujuannya mewujudkan rakyat Malaysia yang lebih patriotik dan memiliki kesedaran sivik tinggi.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan berkata, PLKN dibangunkan ketika pertama kali Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

Mohamad berkata, program itu boleh diteruskan jika ia menerima peruntukan yang diperlukan selain modul yang bersesuaian.

PLKN mula diperkenalkan sebagai program tiga bulan pada Disember 2003. Ia kemudian dihentikan selama setahun pada 2015 berikutan potongan peruntukan dalam kerajaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0.

Related Articles

Leave a Reply