Home SemasaGlobal Australia anjur latihan udara terbesar Asia-Pasifik

Australia anjur latihan udara terbesar Asia-Pasifik

by Air Times News Network

MELBOURNE, 28 Jul – Ruang udara Australia dibanjiri juruterbang dari 16 negara hari ini dalam antara latihan angkatan tentera udara terbesar pernah dianjurkan di Asia-Pasifik.

Latihan udara yang dikenali sebagai Latihan Pitch Black itu berlangsung di Darwin, sepanjang tiga minggu disertai lebih 4,000 anggota dan 140 pesawat.

Negara yang terbabit termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Belanda, Filipina, Singapura, Sweden, Thailand, New Zealand dan Australia.

Latihan yang dijalankan termasuk penerbangan malam dan mengisi bekalan bahan api di udara.

Pitch Black yang dianjurkan setiap dua tahun itu bermula pada 1990 di antara Australia dan Singapura.

Ia menampilkan pelbagai ancaman yang realistik dan simulasi yang boleh ditemui dalam persekitaran ruang pertempuran moden, kata Tentera Udara Diraja Australia dalam satu kenyataan di laman webnya. – Reuters

Related Articles

Leave a Reply