Home SemasaGlobal Rejim Zionis tembak mati penduduk Palestin

Rejim Zionis tembak mati penduduk Palestin

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS, 27 Jul – Rejim Zionis menembak mati seorang penduduk Palestin yang menikam tiga penduduk Israel selepas memasuki penempatan kaum itu di Tebing Barat, semalam.

Perkhidmatan ambulans Israel, Magen David Adom berkata seorang daripada penduduk yang ditikam itu berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi masing-masing mengalami kecederaan parah dan luka ringan.

Tentera Israel mendakwa penduduk Palestin itu sebagai pengganas yang memasuki penempatan mereka di antara Baitulmaqdis dan Ramallah di Tebing Barat.

Kerajaan Palestin tidak dapat dihubungi setakat ini untuk mendapatkan sebarang komen.

Ketegangan antara Palestin – Israel semakin memuncak beberapa bulan kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya 140 penduduk Palestin telah dibunuh di Semenanjung Gaza oleh tentera Zionis yang melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Rejim itu mendakwa, parti Hamas menggunakan tunjuk perasaan itu untuk melindungi serangan yang mereka lakukan di bahagian sempadan.

Related Articles

Leave a Reply