Home Pertahanan dan Keselamatan Kawad ‘Goose Step’ ATM dikecam hebat oleh netizen

Kawad ‘Goose Step’ ATM dikecam hebat oleh netizen

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Semenjak awal minggu lalu, telah tular video yang memaparkan anggota Tentera Darat Malaysia sedang berlatih melakukan kawad yang dikenali sebagai ‘Goose Step’ atau dikenali sebagai “Kawad Angsa”. Difahamkan latihan tersebut adalah ‘kajian’ terhadap cadangan untuk menggunakan kawad tersebut dalam ATM. Dilaporkan cadangan tersebut adalah dari pihak Jabatan Perdana Menteri.

Rakaman video latihan kawat yang tular disebuah akaun media sosial laman pertahanan. Foto: Malaysia Military Power.

Malah, turut tular keratan surat yang menunjukkan bukti arahan kajian kawad tersebut sedang dijalankan.

Antara pengguna Facebook yang memuatnaik keratan surat arahan kajian Kawad Angsa untuk ATM. Foto: Faebook.

Selain daripada itu, akaun-akaun media sosial mula berkongsikan rakaman video yang menunjukkan sekumpulan anggota tentera sedang menjalani kawad angsa.

Di page Malaysia Military Power, video yang disiarkan pada Isnin lalu mendapat perhatian umum. Sehingga berita ini ditulis, video tersebut  ditonton oleh lebih 66 ribu pengguna dan mendapat 623 perkongsian.

Video yang dikongsikan di Malaysia Military Power. Foto: Facebook

Berdasarkan tinjauan komen di beberapa laman akaun media sosial  tersebut, ramai netizen bertindak mengecam kawad tersebut kerana didakwa mirip dengan gaya kawad komunis.

Antara reaksi dan kecaman oleh netizen mengenai kajian Kawad Angsa untuk ATM di sebuah akaun media sosial pertahanan tempatan.

 

Jika menurut seperti apa yang didakwa oleh Asrar Ahmad, kawad tersebut turut digunakan oleh tentera Iran. dan beliau mendakwa Shiah mula tunjuk belang.

Seorang lagi pengguna, Rizal Ali berpendapat, gerakan kawad angsa tampak buruk dan seumpama geng komunis. Kenyataan beliau turut dipersetujui oleh seorang lagi pengguna yang mengiyakan kawad tersebut merupakan kawad komunis.

“Kawad ini tidak sesuai”komen seorang pengguna Facebook. Foto: Facebook

Bagi seorang lagi pengguna Facebook, Wizz Key, beliau berpendapat bahawa ATM wajar kekalkan kawad yang lama kerana beliau merasakan Kawad Angsa sebegini tidak sesuai dan selalunya kawad sebegini dikaitkan dengan negara-negara yang berfahaman komunis.

Sebuah page pertahanan tempatan, Malaysian Defence and Security Community (MDSC) pula bertindak memuatnaik status bernada sinis yang menyifatkan kajian kawad angsa untuk ATM seharusnya tidak berlaku. Sebaliknya, kerajaan perlu mengambil perhatian mengenai perkembangan ketenteraan serantau dan Malaysia perlu mengambil kira perolehan aset sebagai faktor pengimbang.

Status bernada sindiran dari penggiat page pertahanan tempatan yang meminta agar kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan kepada faktor sepatutnya untuk ATM. Gambar: Facebook.

Suara yang sama dilantunkan oleh seorang pengguna diruang komen laman MDSC. Nur Dafinah berkata, Filipina yang mempunyai tahap ekonomi yang tidak memberangsangkan pun mampu untuk menaik taraf aset-aset mereka. Beliau turut meminta pihak berwajib mengambil iktibar dari sejarah beberapa buah negara yang menerima akibat kerana tidak melakukan persediaan sepatutnya.

Pada masa yang sama, seorang lagi pengguna Facebook turut memberi komen sinis bahawa “Malaysia bakal menjadi kuasa tentera yang digeruni di Asia Tenggara kerana mempunyai gaya kawad baharu.

“Filipina pun dah naiktaraf aset-aset mereka,”kata seorang pengguna di ruang komen page MDSC. Foto: Facebook

Sehingga berita ini disiarkan, masih belum ada maklumbalas dari mana-mana pihak di ATM mahupun Kementerian Pertahanan Malaysia.

Goose step atau kawad angsa

Kawad Angsa dipercayai bermula dari Prussia pada pertengahan abad ke-18. Pada ketika itu, kawad ini dikenali sebagai Stechschritt atau Stechmarsch. Pada abad ke-19, Rusia mula mengadaptasi kawad ini dan mula digunakan oleh negara-negara blok timur pada era Perang Dingin.

Di Jerman, kawad ini masih lagi digunakan pada era Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Ke-2.  Walaupun begitu, kawad sebegini menjadi membawa imej buruk atau pejoratif di negara-negara Eropah. Ini terutamanya imej kawad tersebut seringkali dikaitkan dengan fahaman Nazisme.

Pada era Perang Dingin, Negara Kesatuan Soviet melatih pasukan tentera yang bersekutu dengan mereka untuk menggunakan kawad angsa dalam kawad dan juga kawad istiadat. Di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis, serta negara-negara yang menentang ideologi komunis pula, idea penggunaan kaawd sebegini dihalang kerana membawa imej komunisme – seperti mana yang berlaku kepada perkaitan imej Nazisme dengan kawad Angsa.

Di negara asal kawad angsa, Jerman, tradisi kawad angsa ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1990.

 

Related Articles

Leave a Reply