Home SemasaGlobal Rakyat Pakistan mengundi hari ini

Rakyat Pakistan mengundi hari ini

by Noor Sheila Amin

ISLAMABAD, 25 Jul – Jutaan rakyat Pakistan mula mengundi hari ini, selepas berdepan dengan kempen pilihan raya yang dicemari dengan tuduhan campur tangan tentera dan pelbagai siri serangan maut.

Lebih 800,000 anggota polis dan pasukan keselamatan sudah dikerah untuk mengawal lebih 85,000 pusat mengundi di sebuah negara yang mempunyai kira-kira 207 juta penduduk.

Bagaimanapun, ancaman keselamatan dijangka tidak menjejaskan kehadiran pengundi di timur Lahore, yang ditemui sehari sebelum hari mengundi.

“Ancaman keselamatan ini hanya sekadar alasan untuk menakut-nakutkan pengundi,” kata pekedai, Kashif Ahmed kepada AFP.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara parti pimpinan bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif, iaitu Liga Muslim-Nawaz Pakistan (PML-N) dan parti Tehreek-e-Insaf (PTI) yang diterajui bekas bintang kriket, Imran Khan.

Related Articles

Leave a Reply