Home Semasa Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM161 juta

Kutipan Tabung Harapan Malaysia cecah RM161 juta

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 25 Jul – Kutipan Tabung Harapan Malaysia kini berjumlah RM162,326,697.87 setakat jam 3 petang ini.

Jumlah kutipan terkini tabung itu dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari di laman web Kementerian Kewangan.

Related Articles

Leave a Reply