Home SemasaGlobal 40 maut, serangan berani mati Daesh

40 maut, serangan berani mati Daesh

by Noor Sheila Amin

BEIRUT, 25 Jul – Sekurang-kurangnya 40 orang, termasuk penduduk awam dilaporkan maut manakala 30 lagi cedera akibat serangan berani mati hari ini oleh kumpulan Daesh di kawasan dikawal tentera rejim kerajaan di selatan Syria, kata badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR).

“Tiga pengebom yang memakai tali pinggang berisi bahan letupan mensasarkan bandar Sweida manakala yang lain meletupkan diri di perkampungan yang terletak di utara dan timur,” kata SOHR.

Ketua kumpulan pemantau itu yang berpangkalan di Britain, Rami Abdel Rahman berkata, kumpulan berkenaan kemudian melancarkan serangan susulan di wilayah sama.

Katanya, serangan yang dianggap paling dahsyat sejak beberapa bulan kebelakangan ini di Syria itu menyebabkan lebih 30 orang cedera.

Meskipun tentera pro kerajaan berjaya mengusir Daesh dari pusat bandar di timur Syria tahun lalu, serangan mengejut dalam beberapa bulan kebelakangan ini meragut puluhan nyawa tentera rejim kerajaan dan sekutunya.

Difahamkan Presiden Syria, Bashar Al-Assad mengawal hampir keseluruhan wilayah Sweida.

Related Articles

Leave a Reply