Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran, balu dan anak bekas tentera diminta daftar segera dengan PVPNM

Veteran, balu dan anak bekas tentera diminta daftar segera dengan PVPNM

by Air Times News Network

KULIM, 24 Jul – Semua veteran, balu dan anak bekas anggota tentera darat, udara dan laut diminta mendaftarkan diri dengan Pertubuhan Veteran Perwira Negara Malaysia (PVPNM) Zon Utara.

Naib PVPNM Zon Utara, Datuk Noridan Spee Yee berkata veteran, balu dan anak bekas tentera diharap dapat mengambil langkah mendaftar diri segera dengan pertubuhan ini.

Menurutnya, pertubuhan yang didaftarkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia ini akan mengumpul maklumat semua yang terlibat untuk menjaga kebajikan dan ekonomi mereka.

“Kita mahu kembalikan semula hak kebajikan bekas veteran, balu dan anak yang dilihat semakin tak ada.

“Kita terpanggil untuk kumpul balik data-data berkaitan semua kumpulan ini, kalau ada balu kita nak tengok bagaimana kebajikan dan kehidupan mereka, kalau berniaga bagaimana perniagaan mereka supaya kita boleh bantu.

“Kita akan mainkan peranan secara efektif bantu kumpulan ini, dengan merujuk agensi-agensi serta jabatan kerajaan yang menyediakan bantuan seperti zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya pada sidang media, di sini.

Katanya, sehingga kini hanya kira-kira 400 bekas tentera mendaftar sebagai ahli di kawasan Utara yang meliputi Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Setakat ini hanya lebih kurang 400 orang sahaja ahli berdaftar.

“Kita mahukan lebih ramai semua yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera ini tanpa mengira pangkat segera daftar dengan kita,” katanya.

Beliau berkata, pertubuhan ini juga akan membantu mengubah persepsi masyarakat terhadap kerajaan.

“Ada yang kerajaan tak bantu golongan ini, lepas berkhidmat untuk negara dan bersara tak ada siapa yang datang jenguk terutama yang sakit.

“Bantuan daripada kerajaan juga tak ada, jadi dengan kewujudan PVPNM akan dapat mengubah persepsi rakyat itu terhadap kerajaan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply