Katanya, isu penyertaan tersebut sebenarnya hanya gurauan daripada rakan-rakan, memandangkan beliau tidak pernah berhasrat menyertai mana-mana parti politik pada masa ini.

“Sebenarnya tersebar di media-media menyatakan saya masuk PKR atau Bersatu gurauan kawan-kawan, saya tidak pernah memohon atau menghantar borang untuk menyertai mana- mana parti termasuk Amanah, DAP, PKR atau Bersatu.

“Tetapi saya memang menjalinkan hubungan rapat dengan pemimpin PKR. Pada masa ini, saya kekal sebagai wakil rakyat Bebas yang menyokong Pakatan Harapan,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Baru-baru ini, Ismail memutuskan untuk menyertai PKR, selepas hasratnya menyertai Bersatu tidak kesampaian setelah meninggalkan UMNO dan BN sebelum itu.

Ismail yang juga adik kepada Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata, keputusan menyertai PKR itu dibuat selepas tertarik dengan cara parti berkenaan diurus tadbir.