Home Semasa Malaysia tegas tidak layani tuntutan kedaulatan Sabah

Malaysia tegas tidak layani tuntutan kedaulatan Sabah

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 21 Jul – Malaysia menegaskan tidak akan mengiktiraf dan melayani sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak termasuk Filipina terhadap kedaulatan Sabah.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan, Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa yang merupakan sebahagian daripada Malaysia sejak pembentukan Persekutuan pada 16 September 1963.

“Sehubungan itu, pihak kementerian ingin lagi mengulangi pendirian bahawa tuntutan mana-mana pihak terhadap Sabah adalah tidak berasas sama sekali.

“Kementerian Luar menyedari kenyataan Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr berhubung tuntutan ke atas Sabah semalam.

Ini adalah kali kedua dalam tahun ini, beliau membuat kenyataan tidak berasas berkaitan dengan Sabah,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Related Articles

Leave a Reply