Home SemasaGlobal Iran akan adakan kerjasama dengan ASEAN

Iran akan adakan kerjasama dengan ASEAN

by M.Daim

Tehran, 22 Jul – Iran dilaporkan akan menandatangani perjanjian kerjasama dengan Asia Tenggara dalam persidangan akan datang. Persidangan tersebut dijangka akan menyaksikan kehadiran Setiausaha Amerika Syarikat, Mike Pompeo dan pegawai-pegawai tinggi Korea Utara.

Perkara tersebut dilaporkan oleh media Iran, Financial Tribune yang memetik kenyataan diplomat Singapura, Ong Keng Yong.

Pertemuan yang dijadualkan akan berlangsung pada 30 Julai ini akan berlangsung di Singapura dan merupakan pertemuan Menteri Luar Asean bersama rakan ASEAN.

Dalam wawancara bersama Bloomberg, Ong menyatakan Asean mengamalkan dasar terbuka dan menerima penyertaan mana-mana negara untuk menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation – TAC).

Ong Keng Yong merupakan bekas Setiausaha Agung ASEAN pada 2003 sehingga 2008 dan pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia pada 2011 sehingga 2014.

Persidangan Asean yang berlangsung dua bulan selepas Amerika Syarikat menarik diri dari perjanjian antarabangsa dalam isu nuklear Iran. Washington di bawah kepimpinan Donald Trump bertindak menyekat eksport minyak Iran. Pada bulan lalu, Trump telah melakukan pertemuan bersejarah dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong-Un pada bulan lalu di Singapura.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo merupakan pegawai kerajaan yang dilantik oleh Trump untuk mengendalikan isu Iran dan Korea Utara.

Walaupun begitu, Ong menyatakan beliau tidak mengetahui sama ada pertemuan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif dengan Pompeo akan berlaku atau tidak.

 

Related Articles

Leave a Reply