Home Politik UMNO dan PAS ‘adik-beradik’

UMNO dan PAS ‘adik-beradik’

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Jul – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS dan UMNO adalah ‘adik-beradik’ selepas PAS tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

“Memang dia (PAS dan UMNO) adik-beradik,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan PAS yang didakwa seolah-olah memberi laluan mudah kepada UMNO dengan tidak meletakkan calon untuk bertanding.

Pada 19 Julai lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, mengumumkan ketetapan itu dibuat sejurus UMNO membuat keputusan untuk meletakkan calon pada PRK berkenaan.

PRK Sungai Kandis akan diadakan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu, akibat kanser limfoma.

Related Articles

Leave a Reply