Home Politik PRK Sungai Kandis, pertarungan tiga penjuru

PRK Sungai Kandis, pertarungan tiga penjuru

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 21 Jul – Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan seorang calon Bebas.

Tiga calon berkenaan adalah Datuk Lokman Noor Adam dari Barisan Nasional (BN), Mohd Zawawi Ahmad Mughni dari PKR dan calon bebas K Murthy.

Pegawai Pengurus PRK DUN Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad membuat pengumuman itu pada 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, Shah Alam, hari ini.

PRK DUN Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Related Articles

Leave a Reply