Home SemasaGlobal Trump kukuhkan hubungan dengan Rusia

Trump kukuhkan hubungan dengan Rusia

by Noor Sheila Amin

HELSINKI, 17 Jul – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dalam perjalanan untuk persidangan pertama dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, bersungguh mengukuhkan hubungan peribadi dengan ketua Kremlin itu sehingga berkata, hanya kebodohan pentadbiran AS terdahulu memburukkan hubungan dengan Russia, ketika ini.

Beberapa jam sebelum persidangan di Helsinki, Trump ditanya sama ada beliau akan mendesak Putin mengenai tuduhan manipulasi pilihan raya 2016 oleh Russia yang membawa kepada kemenangannya.

“Hubungan kami akan kekal baik,” katanya.

Demokrat sebelum ini menggesa persidangan itu dibatalkan, selepas wujud pendedahan baharu dalam tuduhan campur tangan Russia dalam pilihan raya AS.

Namun, Trump menegaskan bahawa pertemuan adalah tindakan baik, ketika beliau mahu mengukuhkan hubungan peribadi dengan Putin sama seperti yang didakwa beliau dengan pemimpin China dan Korea Utara.

Jika kedua-dua pemimpin itu mencapai persefahaman, persidangan itu mungkin akan meredakan beberapa konflik paling berbahaya di dunia termasuk Syria. Namun, banyak isu dijangka menjejaskan harapan Trump menjalinkan persahabatan dengan bekas ketua risikan Russia itu. – AFP

Related Articles

Leave a Reply