Home SemasaGlobal 3 suspek militan ditembak mati

3 suspek militan ditembak mati

by Noor Sheila Amin

JAKARTA, 16 Jul – Pegawai anti pengganas menembak mati tiga suspek militan Islam di Jawa tengah di bandar Yogyakarta, semalam, kata polis.

Jurucakap Polis Negara, Mohammad Iqbal berkata pegawai dari unit elit menembak mati suspek selepas diserang dengan ‘senjata tajam dan senjata api.

Dua pegawai turut mengalami kecederaan di tangan dan polis merampas empat parang serta sepucuk pistol.

Mohammad Iqbal berkata, lelaki berkenaan dipercayai anggota Jemaah Ansharut Daulah (JAD) iaitu serpihan Daesh yang dimasukkan dalam senarai pengganas oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

Indonesia, negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam di Asia Tenggara berdepan kebangkitan militan Islam tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mei lalu, sekurang-kurangnya 30 orang maut dalam serangan nekad di Surabaya, serangan paling dahsyat dalam tempoh sedekad.

Related Articles

Leave a Reply