Home Semasa Video Peguam Negara cakap bahasa Melayu

Video Peguam Negara cakap bahasa Melayu

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 13 Jul – Video menunjukkan Peguam Negara, Tommy Thomas, memberi ucapan dalam bahasa Melayu menjadi tular di laman sosial, hari ini.

Rakaman video kira-kira empat minit itu dimuat naik peguam, Shamsul Sulaiman, yang juga bekas Timbalan Pendakwa Raya di laman Facebooknya yang menunjukkan Thomas membaca ucapan dalam bahasa Melayu pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Jabatan Peguam Negara di sini, hari ini.

Thomas sebelum ini dikecam beberapa pihak kerana didakwa meminggirkan bahasa Melayu dan mengutamakan bahasa Inggeris pada sidang medianya di Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun, kesungguhannya untuk berbahasa Melayu biarpun hanya dengan membaca teks ucapan, mencuit hati mereka yang hadir pada majlis itu, yang dipercayai kakitangan dan ahli Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA).

Dalam ucapannya, Thomas menekankan kepentingan persatuan berkenaan untuk menjaga kebajikan dan keperluan ahli.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya yang kemudian disambut dengan tepukan oleh mereka yang hadir.

Related Articles

Leave a Reply