Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Mat Sabu minta TLDM siasat segera kes kematian pegawai kadet

Mat Sabu minta TLDM siasat segera kes kematian pegawai kadet

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 13 Jul – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meminta pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan siasatan segera dan mengeluarkan laporan terperinci berhubung kejadian pegawai kadet graduan (PKG) J Soosaimanicckam yang mati mengejut semasa menjalani latihan di KD Sultan Idris, Lumut pada 19 Mei 2018 lalu.

Beliau memberi jaminan bahawa siasatan ini akan dijalankan secara bebas dan adil serta tiada sebarang ‘cover up’ akan dilakukan.

“Saya juga merayu pihak keluarga mendiang bersabar dan menunggu sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya terbukti ada pihak yang terlibat dalam salah laku sehingga menyebabkan kematian J Soosaimanicckam,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply