Home Semasa Kementerian Pendidikan akan iktiraf UEC – Maszlee

Kementerian Pendidikan akan iktiraf UEC – Maszlee

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 12 Jul – Kementerian Pendidikan akan melaksanakan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) seperti yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya tidak akan melakukan pusingan U atau flip-flop terhadap manifesto yang dijanjikan.

“Kita tidak bercanggah kerana kita bersetuju berhubung manifesto berkenaan.

“Apa yang kita lakukan ialah kita akan memastikan apa saja polisi yang dibuat dan keputusan diambil, tidak ada pusingan U atau flip-flop dan ia mesti holistik,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Related Articles

Leave a Reply