Home PolitikBarisan Nasional Ahli Parllimen tinggalkan Umno perlu letak jawatan – Zahid

Ahli Parllimen tinggalkan Umno perlu letak jawatan – Zahid

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Jul – Ahli Parlimen yang meninggalkan Umno hendaklah meletak jawatan dan sanggup menghadapi pilihan raya kecil jika masih mempunyai maruah, kata presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata Ahli Parlimen yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, tidak memperoleh kemenangan atas kapasiti sendiri, tetapi kerana kekuatan parti.

“Kita mempunyai pendirian dan bersetuju dengan pandangan ketua di bahagian Parlimen terlibat di mana Ahli Parlimen berkenaan tidak harus melayani permasalahan peribadi dan ‘membalingkan’ masalah itu kepada Umno seolah-olah sudah tidak yakin dengan parti,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Terrtinggi (MT) Umno pertama di Menara Dato’ Onn, PWTC semalam.

Beliau mengulas tindakan bekas ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, Ahad lepas, kerana kecewa dengan anggota Umno yang gagal memilih sekurang-kurangnya 70% muka baru berwibawa dalam pemilihan Umno peringkat bahagian dan MT pada 30 Jun lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, BN kalah teruk dan Umno yang menjadi tulang belakang BN dengan memenangi 54 kerusi kini tinggal 51 selepas Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali; Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Masjid Tanah, Mas Ermieyati, keluar parti.

Mengenai jawatan ketua pembangkang di Parlimen, Ahmad Zahid berkata ia akan diputuskan setelah perbincangan Umno dengan parti pembangkang lain, termasuk anggota bebas yang berminat.

Related Articles

Leave a Reply