Home Semasa Norashman, Nooryana Najib bayar ikat jamin

Norashman, Nooryana Najib bayar ikat jamin

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 4 Jul – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan selepas dijamin oleh dua anaknya yang membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Jaminan itu dibayar Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib di bank dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kedua-dua anak Najib itu enggan ditemubual sejurus keluar dari bank berkenaan.

Terdahulu, Mahkamah membenarkan jaminan RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Selain itu mahkamah juga membenarkan bahawa bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar hari ini dan pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Najib meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira 3.30 petang.

Related Articles

Leave a Reply