Home Semasa Jamal guna bot pancung atau pintu lain – Pengarah Imigresen

Jamal guna bot pancung atau pintu lain – Pengarah Imigresen

by Noor Sheila Amin

PUTRAJAYA, 3 Jul – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menegaskan sekali lagi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos disenarai hitam dari meninggalkan negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya berbuat demikian susulan arahan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pihaknya selari dengan penguatkuasaan undang-undang Malaysia.

“Kita sudah senarai hitam Jamal dari keluar negara ini.

“Kelibat Jamal di negara jiran menunjukkan beliau menggunakan kaedah lain, mungkin guna bot pancung atau pintu lain.

“Untuk makluman juga, sesiapa yang disenarai hitam diharap merujuk perkara berbangkit di pejabat Imigresen untuk mengelakkan masalah lain,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Imigresen, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengesahkan Jamal ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Muhyiddin berkata, POLRI sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyelaras urusan membawa Jamal pulang.

Related Articles

Leave a Reply