Home Semasa Bekas Pengerusi FELDA hadir di SPRM

Bekas Pengerusi FELDA hadir di SPRM

by Noor Sheila Amin

PUTRAJAYA, 3 Jul – Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi memberi keterangan berhubung isu penyaluran dana oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru tiba di SPRM kira-kira jam 9.30 pagi sebelum dilihat memasuki bangunan jam 9.45 pagi.

Shahrir dalam kenyataannya pada Ogos 2015 memaklumkan pernah meminta bantuan daripada Najib untuk tujuan pentadbiran di bahagian Parlimennya.

Ia berikutan tuduhan yang dilemparkannya mengenai penerimaan dana RM1 juta daripada Najib seperti didedahkan portal berita kontroversi Sarawak Report.

Sarawak Report dalam laporannya mendakwa Najib mengagihkan dana kepada beberapa pemimpin UMNO selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 termasuk Shahrir sendiri.

Related Articles

Leave a Reply