Home Pertahanan dan Keselamatan Anak anggota tentera maut terjatuh tingkat 5

Anak anggota tentera maut terjatuh tingkat 5

by Pasri Asyraf

KUALA LUMPUR, 3 Jul – Kanak-kanak perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat lima kediamannya di apartment Desa Wangsa Keramat, Jalan Datuk Keramat Hujung, di sini, semalam.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa, Francisca Deborah, 6, ditemui terbaring di tempat letak kenderaan oleh bapanya yang juga pemain bola sepak, Venice Elphi, 34, sejurus dia dan isterinya balik ke rumah selepas keluar menghantar anak bongsunya berusia dua tahun ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur akibat asma pada 2.30 pagi.

Sumber berkata, ibu dan bapa kanak-kanak terbabit dikatakan keluar dari kediaman mereka untuk menghantar anak lelaki mereka kerana menghidap asma.

“Apabila mereka tiba di tempat letak kenderaan itu, bapa mangsa melihat anaknya terbaring berhampiran kawasan terbabit selepas dipercayai terjatuh daripada balkoni rumahnya.

“Bapa mangsa cuba meminta bantuan di kawasan sekitar, namun tidak ada yang mendengar jeritan lelaki berkenaan ekoran hujan lebat ketika itu,” katanya ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, semalam.

Sumber berkata, mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang giat dijalankan termasuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Bapa mangsa, Venice Elphi yang juga anggota dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah kapten pasukan bola sepak ATM dan bekas pemain simpanan pasukan kebangsaan pada 2012.

Kronologi kejadian kanak-kanak maut akibat jatuh bangunan

19 April 2018:

Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh di sebuah apartmen di Jalan Pantai, Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan

25 November 2017:

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemui mati terjatuh daripada tingkat sembilan pangsapuri di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru

23 Ogos 2017

Kanak-kanak perempuan warga Jepun maut akibat terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Mont Kiara di Kuala Lumpur

13 Februari 2017

Wanita terkejut apabila menyedari dentuman kuat didengarnya adalah bunyi tubuh kanak-kanak berusia enam tahun yang terhempas di kaki lima blok kediamannya, di Shah Alam

7 November 2016

Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut apabila jatuh dari tingkat empat di Flat Taman Putri, Kulai, Johor

11 Jun 2016

Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Batu Caves, Gombak.

-Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply