Home SemasaGlobal 2 anggota parti politik maut ditembak

2 anggota parti politik maut ditembak

by Noor Sheila Amin

MEXICO CITY, 2 Jul – Dua anggota parti politik Mexico ditembak mati semalam ketika negara itu mengadakan pilihan raya, menjadikan musim kempen berdarah yang menyaksikan 145 ahli politik dibunuh.

Pegawai penguatkuasa tempatan berkata, Flora Resendiz Gonzalez, seorang anggota Parti Pekerja di negeri barat Michoacan maut selepas ditembak jam 6.30 pagi di kediamannya, di bandar Ceontepec.

Pada hari sama, Fernanto Herrera Silva, seorang anggota parti pemerintah, Parti Revolusi Institusi (PRI) ditembak mati di Acolihuia, di Puebla.

“Kami menuntut negara menjamin keamanan proses pilihan raya ini,” Kata PRI dalam satu kenyataan.

Menurut firma perunding Etellekt, pembunuhan politik menjadi fenomena hampir setiap hari di Mexico ketika musim pilihan raya, dengan sekurang-kurangnya 145 ahli politik dibunuh sejak September lalu.

Fenomena itu menjadikannya, pilihan raya paling ganas dalam sejarah Mexico.

Mangsa terdiri daripada 48 calon yang bertanding dengan 28 daripadanya dibunuh ketika kempen utama manakala 20 lagi ketika kempen pilihan raya umum.

Kebanyakan mangsa yang dibunuh adalah ahli politik tempatan, sering menjadi sasaran penjenayah dadah.

Mexico dilanda gelombang keganasan sejak kerajaan mengerah tentera memerangi penyeludupan dadah pada 2006.

Related Articles

Leave a Reply