Home SemasaGlobal Singapura akan usir pelancong tanpa vaksin

Singapura akan usir pelancong tanpa vaksin

by M.Daim

SINGAPURA, 1 Julai – Singapura mungkin mengambil tindakan untuk mengusir pelancong asing yang tidak mengambil suntikan vaksin dalam usaha melindungi negara itu daripada penyakit berjangkit.

Sejajar dengan peraturan antarabangsa, pelancong pada masa ini hanya dikehendaki mendapatkan vaksin demam kuning.

Pihak berkuasa mungkin akan mengenakan syarat vaksinasi terhadap lebih banyak penyakit pada masa akan datang, bergantung kepada situasi kesihatan semasa.

Pada masa ini, pelawat yang tidak diberi vaksin dibenarkan masuk dengan syarat mereka perlu mendapatkan vaksin, dan mungkin diasingkan atau diletakkan di bawah pengawasan.

Negara dihuni 5.6 juta penduduk ini menerima hampir 17.4 juta pelancong tahun lalu namun saiz dan keterbukaannya menyebabkannya ia terdedah dan pernah dilanda wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada 2003 yang mengorbankan 33 orang.

Related Articles

Leave a Reply